Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan satu lagi kes positif di Malaysia. Kes melibatkan seorang lelaki berusia 31 tahun yang pulang ke Banting dari Macau, China pada 1 Februari lalu.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif koronavirus di Malaysia sebanyak 18 kes.